Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن أرواحَ المؤمنين في السماءِ السابعةِ، يَنْظُرونَ إلى مَنَازِلِهم في الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya roh orang-orang beriman berada di langit ketujuh sambil melihat tempat tinggal mereka dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1320, hadis no. 6737. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إن أرواح المؤمنين في السماء السابعة، ينظرون إلى منازلهم في الجنة. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (2151)].
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu'(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya roh orang-orang beriman berada di langit ketujuh sambil melihat tempat tinggal mereka dalam syurga. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2151].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman