Rintangan yang sangat berat hanya dapat dilepaskan oleh orang yang kurus kering

TEKS BAHASA ARAB

إن بين أيديكم عقبة كؤودا، لا يجوزها إلا كل ضامر مهزول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di hadapan kamu ada rintangan yang sangat berat, tidak ada yang dapat melepasinya melainkan orang yang kurus kering.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1328, hadis nombor 6780. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن بين أيديكم عقبة كؤودا، لا يجوزها إلا كل ضامر مهزول.
[حل، ((الضعيفة)) (3176)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA telah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di hadapan kamu ada rintangan yang sangat berat, tidak ada yang dapat melepasinya melainkan orang yang kurus kering.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3176]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs