Ringankanlah perutmu dan belakangmu untuk bangun bersolat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خففوا بطونكم وظهوركم لقيام الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ringankanlah perutmu dan belakangmu untuk bangun bersolat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2015, hadis nombor 10120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعاً: خففوا بطونكم وظهوركم لقيام الصلاة.
[حل، ((الضعيفة)) (3547)]

(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ringankanlah perutmu dan belakangmu untuk bangun bersolat.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3547]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.