Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خفِّفوا بطونَكُم وظهورَكم لقيامِ الصَّلاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Ringankanlah perutmu dan belakangmu untuk bangun bersolat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2015, hadis no. 10120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعاً: خففوا بطونكم وظهوركم لقيام الصلاة. [حل، ((الضعيفة)) (3547)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ringankanlah perutmu dan belakangmu untuk bangun bersolat. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3547]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman