TEKS BAHASA ARAB
خففوا بطونكم وظهوركم لقيام الصلاة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ringankanlah perut kalian (kurangkan makan) dan bahagian belakang kalian (dengan rajin) untuk mendirikan solat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 280, hadis nombor 1455. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((خففوا بطونكم وظهوركم لقيام الصلاة)).
[حل، ((الضعيفة)) (3547)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ringankanlah perut kalian (kurangkan makan) dan bahagian belakang kalian (dengan rajin) untuk mendirikan solat.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3547]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.