TEKS BAHASA ARAB
الرزق إلى أهل بيت فيهم السخاء أسرع من الشفرة في سنام البعير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rezeki kepada ahli rumah yang terdapat pada mereka golongan yang pemurah adalah lebih segera daripada pisau besar pada bonggol unta.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 65, hadis nombor 297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الرزق إلى أهل بيت فيهم السخاء أسرع من الشفرة في سنام البعير)). [أبو نعيم في ((أخباره))، فر، ابن عساكر، الرافعي، ((الضعيفة)) (3658)].
(Lemah)
Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Rezeki kepada ahli rumah yang terdapat pada mereka golongan yang pemurah adalah lebih segera daripada pisau besar pada bonggol unta.))
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws, Ibn ‘Asākir, al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3658].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.