Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Remaja adalah sebahagian daripada kegilaan

Teks Bahasa Arab

الشبابُ شعبةٌ من الجنونِ، والنساءُ حبائلُ الشيطانِ.

Teks Bahasa Melayu

Remaja adalah sebahagian daripada kegilaan dan wanita merupakan penghubung kepada syaitan.

Sahabat Perawi

  1. Zaid bin Khalid RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis no. 10025. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن خالد رضي الله عنه ، قال: تلقفت هذه الخطبة من في رسول اللہ ﷺ بتبوك، سمعته يقول: الشباب شعبة من الجنون، والنساء حبائل الشيطان. [القضاعي، ((الضعينة، (2464)]

(Lemah) Daripada Zaid bin Khalid RA beliau berkata: Aku mendengar satu khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW di Tabuk, Baginda bersabda: Remaja adalah sebahagian daripada kegilaan dan wanita merupakan penghubung kepada syaitan. [Riwayat al-Qadha’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2464]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.