TEKS BAHASA ARAB
رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rejab itu bulan Allah, Syaaban itu bulan aku dan Ramadan itu adalah bulan umatku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1141, hadis nombor 5770. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صام يوما من رجب عدل له بصوم سنتين ومن صام النصف من رجب عدل له بصوم ثلاثين سنة. وقال: رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي. [الضعيفة (4400)]
(Lemah) Daripada al-Hassan, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa satu hari daripada bulan Rejab maka ia sama seperti berpuasa selama dua tahun, dan sesiapa yang berpuasa pada sebahagian (15 hari) daripada bulan Rejab maka ia sama seperti dengan berpuasa selama 30 tahun. Baginda menambah lagi: Rejab itu bulan Allah, Syaaban itu bulan aku dan Ramadan itu adalah bulan umatku. [Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4400]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.