Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي فمن صام من رجب يومين فله من الأجر ضعفان ووزن كل ضعف مثل جبال الدنيا ثم ذكر أجر من صام أربعة أيام ومن صام ستة أيام ثم سبعة أيام ثم ثمانية أيام ثم هكذا: إلى خمسة عشر يوما منه.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Rejab bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, Ramadhan adalah bulan umatku. Sesiapa yang berpuasa daripada bulan Rejab dua hari maka pahalanya dua kali ganda, dan timbangan setiap gandaan bersamaan bukit-bukit di dunia, kemudian baginda menyebutkan pahala bagi yang berpuasa empat hari, sesiapa yang berpuasa enam hari, kemudian tujuh hari kemudian lapan hari kemudian seterusnya sehingga 15 hari daripadanya.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 100, hadis no. 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith ini palsu kerana pada sanadnya terdapat perawi bernama Abu Bakar bin al-Hasan al-Naqqasyh yang dituduh berdusta, manakala al-Kisaie adalah seorang perawi yang tidak dikenali. Al-Suyuthi meriwayatkan di dalam Kitabnya al-La’ali daripada Abu Said al-Khudri.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman