Rejab adalah bulan yang agung

TEKS BAHASA ARAB

رجب شهر عظيم، يضاعف الله فيه الحسنات؛ فمن صام يوما من رجب؛ فكأنما صام سنة، ومن صام منه سبعة أيام؛ غلقت عنه سبعة أبواب جهنم، ومن صام منه ثمانية أيام؛ فتحت له ثمانية أبواب الجنة، ومن صام منه عشرة أيام؛ لم يسأل الله شيئا إلا أعطاه إياه، ومن صام منه خمسة عشر يوما؛ نادى مناد في السماء: قد غفر لك ما مضى، فاستأنف العمل، ومن زاد؛ زاده الله عز وجل. وفي رجب حمل الله نوحا في السفينة، فصام رجب، وأمر من معه أن يصوموا؛ فجرت بهم السفينة ستة أشهر، آخر ذلك يوم عاشوراء؛ أهبط على الجودي، فصام نوح ومن معه والوحش؛ شكرا لله عز وجل. وفي يوم عاشوراء أفلق الله البحر لبني إسرائيل. وفي يوم عاشوراء تاب الله عز وجل على آدم صلى الله عليه وسلم وعلى مدينة يونس، وفيه ولد إبراهيم صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rejab adalah bulan yang agung. Dalam bulan tersebut, Allah melipat gandakan kebaikan. Barangsiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, seakan-akan dia berpuasa setahun. Barangsiapa yang berpuasa tujuh hari daripada mana-mana hari bulan Rejab, ditutup tujuh pintu neraka daripadanya. Barangsiapa yang berpuasa lapan hari, dibukakan lapan pintu syurga untuknya. Barangsiapa yang berpuasa sepuluh hari, tiada ada yang dia pohonkan melainkan Allah akan memperkenankan permohonannya. Barangsiapa yang berpuasa selama lima belas hari pada bulan Rejab, akan ada suara dari langit yang menyeru: Dosa kamu yang lampau telah diampunkan, maka mulakan lah beramal. Barangsiapa yang menambah jumlah puasanya lebih daripada itu, maka Allah akan menambahkan pahalanya. Pada bulan Rejab Allah membawa Nuh menerusi kapal. Lalu Nuh berpuasa pada bulan Rejab dan memerintahkan orang yang bersamanya untuk turut sama berpuasa. Kapal yang membawa mereka berlayar selama enam bulan. Ia berakhir pada hari Asyura dan berlabuh di gunung al-Judiy. Lalu Nuh, orang yang bersama Baginda serta haiwan berpuasa sebagai tanda syukur kepada Allah. Pada hari Asyura’, Allah membelah laut untuk Bani Israil. Pada hari Asyura’ juga Allah menerima taubah Adam AS dan juga penduduk Nabi Yunus. Pada hari tersebut juga Ibrahim AS dilahirkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1895, hadis nombor 9529. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن سعيد رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: رجب شهر عظيم، يضاعف الله فيه الحسنات؛ فمن صام يوماً من رجب؛ فكأنما صام سنة، ومن صام منه سبعة أيام؛ غلقت عنه سبعة أبواب جهنم، ومن صام منه ثمانية أيام؛ فتحت له ثمانية أبواب الجنة، ومن صام منه عشرة أيام؛ لم يسأل الله شيئاً إلا أعطاه إياه، ومن صام منه خمسة عشر يوماً؛ نادى مناد في السماء: قد غفر لك ما مضى، فاستأنف العمل، ومن زاد؛ زاده الله عز وجل. وفي رجب حمل الله نوحاً في السفينة، فصام رجب، وأمر من معه أن يصوموا؛ فجرت بهم السفينة ستة أشهر، آخر ذلك يوم عاشوراء؛ أهبط على الجودي، فصام نوح ومن معه والوحش؛ شكراً لله عز وجل. وفي يوم عاشوراء أفلق الله البحر لبني إسرائيل. وفي يوم عاشوراء تاب الله عز وجل على آدم صلى الله عليه وسلم – وعلى مدينة يونس، وفيه ولد إبراهيم صلى الله عليه وسلم.
[طب، ((الضعيفة)) (5413)]

(Palsu)
Daripada Sa’id RA. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Rejab adalah bulan yang agung. Dalam bulan tersebut, Allah melipat gandakan kebaikan. Barangsiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, seakan-akan dia berpuasa setahun. Barangsiapa yang berpuasa tujuh hari daripada mana-mana hari bulan Rejab, ditutup tujuh pintu neraka daripadanya. Barangsiapa yang berpuasa lapan hari, dibukakan lapan pintu syurga untuknya. Barangsiapa yang berpuasa sepuluh hari, tiada ada yang dia pohonkan melainkan Allah akan memperkenankan permohonannya. Barangsiapa yang berpuasa selama lima belas hari pada bulan Rejab, akan ada suara dari langit yang menyeru: Dosa kamu yang lampau telah diampunkan, maka mulakan lah beramal. Barangsiapa yang menambah jumlah puasanya lebih daripada itu, maka Allah akan menambahkan pahalanya. Pada bulan Rejab Allah membawa Nuh menerusi kapal. Lalu Nuh berpuasa pada bulan Rejab dan memerintahkan orang yang bersamanya untuk turut sama berpuasa. Kapal yang membawa mereka berlayar selama enam bulan. Ia berakhir pada hari Asyura dan berlabuh di gunung Al-Judiy. Lalu Nuh, orang yang bersama Baginda serta haiwan berpuasa sebagai tanda syukur kepada Allah. Pada hari Asyura’, Allah membelah laut untuk Bani Israil. Pada hari Asyura’ juga Allah menerima taubah Adam AS dan juga penduduk Nabi Yunus. Pada hari tersebut juga Ibrahim AS dilahirkan.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5413]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.