Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "رَجَبٌ شَهْرُ اللَّهِ وَشَعْبَانُ شَهْرِي وَرَمَضَانُ شَهْرُ أُمَّتِي قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا مَعْنَى قَوْلِكَ رَجَبٌ شَهْرُ اللَّهِ؟ قَالَ لأَنَّهُ مَخْصُوصٌ بِالْمَغْفِرَةِ ثُمَّ ذَكَرَ حَدِيثًا طَوِيلا، رَغَّبَ فِي صَوْمِهِ، ثُمَّ قَالَ: لا تَغْفَلُوا عَنْ أَوَّلِ لَيْلَةٍ فِي رَجَبٍ فَإِنَّهَا لَيْلَةٌ تُسَمِّيهَا الْمَلائِكَةُ الرَّغَائِبَ، ثُمَّ قَالَ: وَمَا مِنْ أَحَدٍ يَصُومُ يَوْمَ الْخَمِيسِ أَوَّلَ خميس في رَجَبٍ، ثُمَّ يُصَلِّي مَا بَيْنَ الْعِشَاءِ وَالْعَتْمَةِ _ يَعْنِي لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ _ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً، يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّةً. وَإِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ثَلاثًا، وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ مَرَّةً، يَفْصِلُ بَيْنَ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ بِتَسْلِيمَةٍ. فَإِذَا فَرَغَ مِنْ صَلاتِهِ صَلَّى عليَّ سَبْعِينَ مرَّة. ثُمَّ يَقُولُ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ، ثُمَّ يَسْجُدُ فَيَقُولُ فِي سُجُودِهِ: سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلائِكَةِ وَالرُّوحِ سَبْعِينَ مَرَّةً، ثُمَّ يَرْفَعُ رَأْسَهُ، فَيَقُولُ: رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ الأَعَزُّ الأَعْظَمُ سَبْعِينَ مَرَّةً، ثُمَّ يَسْجُدُ الثَّانِيَةَ فَيَقُولُ مِثْلَ مَا قَالَ فِي السَّجْدَةِ الأُولَى، ثُمَّ يَسْأَلُ اللَّهَ حَاجَتَهُ، فَإِنَّهَا تُقْضَى _ إلخ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku (Nabi SAW) dan Ramadhan adalah bulan umatku. Ditanya kepada Nabi SAW : Wahai Rasulullah apa makna perkataanmu Rejab bulan Allah? Nabi SAW bersabda : ia dikhususkan dengan pengampunan kemudian disebutkan di dalam hadith yang panjang, galakan berpuasa padanya kemudian berkata : janganlah kamu lalai daripada (melakukan ibadah) pada awal malam bulan Rejab kerana pada malamnya dinamakan malaikat dengan Gharaib. Kemudian baginda SAW menambah : tidaklah salah seorang yang berpuasa pada Khamis atau Khamis pertama bulan Rejab, kemudian solat di antara Isyak dan ‘Atmah iaitu malam Jumaat dua belas rakaat, dibaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali, surah al-Qadr tiga kali, al-Ikhlas dua belas kali, dipisahkan antara dua rakaat dengan salam. Apabila telah selesai daripada solat maka berselawatlah kepadaku tujuh puluh kali, kemudian membaca : Allahumma solli ‘ala Muhammad nabi ummi wa’ala alih. Kemudian sujud dan pada waktu sujud membaca : Subbuhun quddus rabbul malaikah warruh tujuh puluh kali, kemudian mengangkat kepalanya dan berdoa : Rabbirfigh warham watajawwaz ‘amma ta’lam innaka anta a’azzul al-‘azam tujuh puluh kali, kemudian sujud kali kedua dan melakukan seperti apa yang dibaca pada sujud yang pertama, kemudian memohon kepada Allah SWT apa yang dihajati ia akan dimakbulkan…


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 47, hadis nombor 106. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


هو: موضوع ورجاله مجهولون
وهذه هي صلاة الرغائب المشهورة
وقد اتفق الحفاظ على أنها موضوعة، وألفوا فيها مؤلفات، وغلطوا الخطيب في كلامه فيها، وأول من رد عليه من المعاصرين له: ابن عبد السلام ، وليس كون هذه الصلاة موضوعة مما يخفى على الخطيب، والله أعلم ما حمله على ذلك، وإنما أطال الحفاظ المقال في هذه الصلاة المكذوبة بسبب كلام الخطيب، وهي أقل من أن يشتغل بها ويتكلم عليها، فوضعها لا يمتري فيه من له أدنى إلمام بفن الحديث
ومما أوجب طول الكلام عليها، وقوعها في كتاب رزين بن معاوية العبدري، ولقد أدخل في كتابه الذي جمع فيه بين دواوين الإسلام بلايا وموضوعات لا تعرف، ولا يدرى من أين جاء بها، وذلك خيانة للمسلمين
وقد أخطأ ابن الأثير خطأ بينا بذكر ما زاده رزين في جامع الأصول ولم ينبه على عدم صحته في نفسه إلا نادرا كقوله بعد ذكر هذه الصلاة ما لفظه: هذا الحديث مما وجدته في كتاب رزين ولم أجده في واحد من الكتب الستة والحديث مطعون فيه

Hadith ini palsu, perawi-perawinya tidak dikenali.
Ini adalah hadith solat Gharaib yang masyhur.
Para huffaz telah sepakat bahawa ia adalah hadith palsu. Mereka telah mengarang buku mengenainya. Mereka menganggap al-Khatib telah tersilap dalam pendapat penilaiannya pada hadith ini dan orang pertama yang membantahnya dari kalangan ulama masa kini adalah Ibn Abdil Salam. Bukanlah disebabkan solat ini palsu yang tidak diketahui al-Khatib, Allah sahaja Maha Mengetahui apa yang membawanya (kepada pendapat ini). Akan tetapi panjang perbahasan disisi para huffaz berkenaan solat palsu ini dengan sebab perkataan al-Khatib. Ia tidak lah penting untuk didalami dan dibincangkan. Tiada keraguan bagi sesiapa yang memiliki paling sedikit penguasaan dalam ilmu hadith untuk mengakui kepalsuan hadith ini.
Al-Firuzabadi berkata di dalam kitabnya al-Mukhtasar : ini adalah hadith palsu dengan sepakat ulama, demikian juga pendapat al-Maqdisi. Antara yang menjadikan perbahasan panjang tentang hadith ini ialah keberadaannya dalam kitab Razin bin Muawiyah al-‘Abdari. Beliau telah memasukkan dalam kitabnya daripada koleksi kitab-kitab hadith-hadith palsu yang tidak dikenali dan tidak diketahui daripada mana datangnya. Ini merupakan satu pengkhianatan kepada orang Islam.
Ibn Athir telah melakukan kesilapan yang nyata dengan menyebutkan apa yang ditambah Razin ke dalam kitabnya Jami’ Usul dan tidak menjelaskan ketidaksahihan hadith tersebut melainkan sedikit. Seperti perkataannya selepas menyebut tentang solat ini, hadith ini apa yang aku temui di dalam kitab Razin dan aku tidak menemuinya di dalam satupun kitab hadith yang enam dan hadith ini dipertikaikan.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs