Daif
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ابتَدِرُوا الأذانَ، ولا تَبْتَدِرُوا الإمامةَ.
Teks Bahasa Melayu
Rebutlah azan dan janganlah pula merebut jawatan imam.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 357-358, hadis no. 1902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يحيى بن أبي كثير مرفوعا: «ابتدروا الأذان، ولا تبتدروا الإمامة». [ش، «الضعيفة» (1491)].
(Daif) Daripada Yahya bin Abu Kathir secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Rebutlah azan dan janganlah pula merebut jawatan imam". [Diriwayatkan oleh Ibn Abu Shaybah dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1491].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman