Rawatan ruqyah terhadap penyakit epilepsi dengan bacaan ayat al-Quran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بينما أنا والنبي ﷺ في بعض طرقات المدينة، إذا برجل قد صرع، فدنوت منه، فقرأت في أذنه، فاستوى جالسا، فقال النبي ﷺ: ماذا قرأت في أذنه يا ابن أم عبد؟!. فقلت: فداك أبي وأمي، قرأت: {أفحسبتم أنما خلقناكم عبثا وأنكم إلينا لا ترجعون}، فقال النبي ﷺ: والذي بعثني بالحق، لو قرأها موقن على جبل لزال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku dan Nabi SAW berada di sebahagian jalan-jalan Madinah, tiba-tiba seorang lelaki terjatuh mengalami epilepsi (kerasukan). Aku pun mendekatinya, lalu aku membaca di telinganya, lantas dia menjadikan dirinya duduk. Nabi SAW pun bertanya: Apakah yang kamu bacakan pada telinganya, wahai Ibn Ummi ‘Abd? Aku menjawab: Aku tebuskan (korbankan) ayahku dan ibuku kepada engkau! Aku telah membaca: {Apakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan kembali kepada Kami?} [Surah al-Mukminun ayat 115]. Nabi SAW berkata: Demi Dzat yang mengutuskanku dengan kebenaran, seandainya dia membacanya dengan pasti (yakin) di atas sebuah gunung, nescaya ia (bukit) akan hancur.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1434, hadis nombor 7287. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن مسعود رضي الله عنه، قال: بينما أنا والنبي ﷺ في بعض طرقات المدينة، إذا برجل قد صرع، فدنوت منه، فقرأت في أذنه، فاستوى جالسا، فقال النبي ﷺ: ماذا قرأت في أذنه يا ابن أم عبد؟!. فقلت: فداك أبي وأمي، قرأت: {أفحسبتم أنما خلقناكم عبثا وأنكم إلينا لا ترجعون}، فقال النبي ﷺ: والذي بعثني بالحق، لو قرأها موقن على جبل لزال.
[عق، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (2189)]

(Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA, katanya: Ketika aku dan Nabi SAW berada di sebahagian jalan-jalan Madinah, tiba-tiba seorang lelaki terjatuh mengalami epilepsi (kerasukan). Aku pun mendekatinya, lalu aku membaca di telinganya, lantas dia menjadikan dirinya duduk. Nabi SAW pun bertanya: Apakah yang kamu bacakan pada telinganya, wahai Ibn Ummi ‘Abd? Aku menjawab: Aku tebuskan (korbankan) ayahku dan ibuku kepada engkau! Aku telah membaca: {Apakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan kembali kepada Kami?} [Surah al-Mukminun ayat 115]. Nabi SAW berkata: Demi Dzat yang mengutuskanku dengan kebenaran, seandainya dia membacanya dengan pasti (yakin) di atas sebuah gunung, nescaya ia (bukit) akan hancur.
[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Du’afa’ al-Kabir dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2189]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.