Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasululullah SAW bersabda: Wahai Ali jangan engkau melambatkan tiga urusan

Teks Bahasa Arab

ثَلاثةٌ - يا عَلِيّ - لا تُؤَخرْهُنَّ: الصّلاةُ إذا آنَتْ، والجنَازةُ إذا حَضَرتْ، والأيم إذا وجَدَتْ كُفؤاً.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Ali jangan engkau melambatkan tiga urusan: Waktu solat apabila telah tiba, jenazah apabila telah datang, dan wanita jika dilihat sekufu.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 954, hadis no. 4926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – أن رسول الله ﷺقال: ثلاثة - يا علي - لا تؤخرهن: الصلاة إذا آنت، والجنازة إذا حضرت، والأيم إذا وجدت كفؤا. [تخ، ت، ه، ابن حبان في الضعفاء، حم، ک، عم، ابن عساکر، هق، خط، الضعيفة(5751)].

(Lemah) Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib RA bahawa Rasululullah SAW bersabda: Wahai Ali jangan engkau melambatkan tiga urusan: Waktu solat apabila telah tiba, jenazah apabila telah datang, dan wanita jika dilihat sekufu. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan-nya, Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Hibban; al-Dhua’fa’, Ahmad dalam Musnad, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid Al-Musnad, Ibn ‘Asakir, Al-Bahaqiy dalam al-Sunan al-Kubra dan al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Tarikh al-Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5751].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.