Rasulullah telah bertemu aku, dan telah sampai kepadaku khabar daripada Hafsah dan ‘Aisyah

TEKS BAHASA ARAB

دخل علي رسول الله؛ وقد بلغني عن حفصة وعائشة كلام، فذكرت ذلك له، فقال: «ألا قلت: فكيف تكونان خيرا مني، وزوجي محمد، وأبي هارون، وعمي موسی؟!». وكان الذي بلغها أنهم قالوا: نحن أكرم على رسول الله ﷺ منها، وقالوا: نحن أزواج النبي وبنات عمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah telah bertemu aku, dan telah sampai kepadaku khabar daripada Hafsah dan ‘Aisyah, lalu aku menceritakan kepada baginda, kemudian baginda bersabda: “Tidakkah kamu pernah berkata: bagaimana kamu berdua boleh menjadi lebih baik daripada aku, (walhal) suamiku Muhammad SAW, ayahku Harun, dan pak cikku ialah Musa?” Dan apa yang disampaikan kepada dia, sesungguhnya mereka berkata di dalam khabar itu: "Kami lebih mulia di sisi Rasulullah daripada dia, dan mereka menambah: Kami ialah isteri-isteri Rasulullah dan sepupu-sepupunya."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1865, hadis nombor 9411. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صفية بنت حيي -رضي الله عنها-، قالت: دخل علي رسول الله؛ وقد بلغني عن حفصة وعائشة كلام، فذكرت ذلك له، فقال: «ألا قلت: فكيف تكونان خيرا مني، وزوجي محمد، وأبي هارون، وعمي موسی؟!». وكان الذي بلغها أنهم قالوا: نحن أكرم على رسول الله ﷺ منها، وقالوا: نحن أزواج النبي وبنات عمه. [ت، ك، «الضعيفة» (٤٩٦٣)].

(Lemah) Daripada Sofiyyah binti Huyai RA, berkata: Rasulullah telah bertemu aku, dan telah sampai kepadaku khabar daripada Hafsah dan ‘Aisyah, lalu aku menceritakan kepada baginda, kemudian baginda bersabda: “Tidakkah kamu pernah berkata: bagaimana kamu berdua boleh menjadi lebih baik daripada aku, (walhal) suamiku Muhammad SAW, ayahku Harun, dan pak cikku ialah Musa?” Dan apa yang disampaikan kepada dia, sesungguhnya mereka berkata di dalam khabar itu: "Kami lebih mulia di sisi Rasulullah daripada dia, dan mereka menambah: Kami ialah isteri-isteri Rasulullah dan sepupu-sepupunya." [Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4963]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.