Rasulullah SAW tidak tidur sehingga membaca: “Tabaraka” dan “Ha Mim”

TEKS BAHASA ARAB

الحواميم ‌سبع، وأبواب جهنم سبع، تجيء كل (حم) منها تقف على باب من هذه الأبواب، فتقول: اللهم! لا تدخل من هذا الباب من كان يؤمن بي ويقرؤني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW tidak tidur sehingga membaca: “Tabaraka” dan “Ha Mim” iaitu surah al-Sajdah. Baginda bersabda: “Ha Mim itu ada tujuh, neraka Jahannam juga ada tujuh, setiap Ha Mim datang dan berdiri di hadapan pintu dari pintu-pintu ini dan berkata: Ya Allah jangan masukkan dari pintu ini sesiapa yang beriman kepadaku dan membaca ayat-ayatku.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 688, hadis nombor 3536. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الخليل بن مرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا ينام حتى يقرأ: {تبارك} و: {حم السجدة} ، وقال: ((‌الحواميم ‌سبع، وأبواب جهنم سبع، تجيء كل (حم) منها تقف على باب من هذه الأبواب، فتقول: اللهم! لا تدخل من هذا الباب من كان يؤمن بي ويقرؤني)). [هق، ((الضعيفة)) (6138)]

(Lemah) Daripada al-Khalil bin Murrah bahawa Rasulullah SAW tidak tidur sehingga membaca: “Tabaraka” dan “Ha Mim” iaitu surah al-Sajdah. Baginda bersabda: “Ha Mim itu ada tujuh, neraka Jahannam juga ada tujuh, setiap Ha Mim datang dan berdiri di hadapan pintu dari pintu-pintu ini dan berkata: Ya Allah jangan masukkan dari pintu ini sesiapa yang beriman kepadaku dan membaca ayat-ayatku.” [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6183]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs