Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحواميمُ سبعٌ ، وأبوابُ جهنمَ سبعٌ ، تجيءُ كلُّ ( حم ) منها تقفُ على بابٍ من هذه الأبوابِ ، فتقولُ : اللَّهمَّ ! لا تُدْخِلْ من هذا البابِ من كان يُؤمنُ بي ويقرؤني.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW tidak tidur sehingga membaca: “Tabaraka” dan “Ha Mim” iaitu surah al-Sajdah. Baginda bersabda: “Ha Mim itu ada tujuh, neraka Jahannam juga ada tujuh, setiap Ha Mim datang dan berdiri di hadapan pintu dari pintu-pintu ini dan berkata: Ya Allah jangan masukkan dari pintu ini sesiapa yang beriman kepadaku dan membaca ayat-ayatku.”
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 688, hadis no. 3536. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الخليل بن مرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا ينام حتى يقرأ: {تبارك} و: {حم السجدة} ، وقال: ((الحواميم سبع، وأبواب جهنم سبع، تجيء كل (حم) منها تقف على باب من هذه الأبواب، فتقول: اللهم! لا تدخل من هذا الباب من كان يؤمن بي ويقرؤني)). [هق، ((الضعيفة)) (6138)]
(Lemah) Daripada al-Khalil bin Murrah bahawa Rasulullah SAW tidak tidur sehingga membaca: “Tabaraka” dan “Ha Mim” iaitu surah al-Sajdah. Baginda bersabda: “Ha Mim itu ada tujuh, neraka Jahannam juga ada tujuh, setiap Ha Mim datang dan berdiri di hadapan pintu dari pintu-pintu ini dan berkata: Ya Allah jangan masukkan dari pintu ini sesiapa yang beriman kepadaku dan membaca ayat-ayatku.” [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6183]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman