Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW tidak tidur pada waktu malam hinggalah baginda bersugi

Teks Bahasa Arab

إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا ينامُ ليلةً ولا يَبيتُ حتَّى يَستنَّ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak tidur pada waktu malam hinggalah baginda bersugi.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1207 - 1208, hadis no. 6144. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن المحرر بن أبي هريرة، قال: دخل علي أبي وأنا بالشام فقربنا إليه عشاء عند غروب الشمس فقال: عندكم سواك، قال: قلت: نعم؛ وما تصنع بالسواك هذه الساعة؟ قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا ينام ليلة ولا يبيت حتى يستن. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4253)]

(Lemah) Daripada al-Muharrar bin Abi Hurairah, katanya: Ayahku telah masuk menemuiku sewaktu aku di Syam, kami pun mendekatkan makan malam kepada beliau ketika tenggelamnya matahari, beliau pun bertanya: Kamu mempunyai sugi? Aku menjawab: Ya, apakah yang anda ingin lakukan dengan sugi pada waktu ini? Jawab beliau: Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak tidur pada waktu malam hinggalah baginda bersugi. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4253]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.