Rasulullah SAW tidak pernah mentafsirkan al-Quran dengan pendapatnya sendiri

TEKS BAHASA ARAB

كان لا يفسر شيئا من القرآن برأيه إلا آيا بعدد علمهن إياه جبريل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW tidak pernah mentafsirkan al-Quran dengan pendapatnya sendiri, melainkan ayat-ayat tertentu. Kesemuanya itu diajarkan oleh Jibril.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1117, hadis nombor 5646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان لا يفسَّرُ شيئًا من القرآن برأيه إلا آيا بعددٍ علَّمهنّ إياه جبريل. [ع، البزار، الضعيفة (6569)].

(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata : Rasulullah SAW tidak pernah mentafsirkan al-Quran dengan pendapatnya sendiri, melainkan ayat-ayat tertentu. Kesemuanya itu diajarkan oleh Jibril. [Riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya, riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6569]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.