Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ لَا يُفَسَّرُ شَيْئاً مِنَ الْقُرْآنِ بِرَأْيِهِ إِلَّا آيَا بِعَدَدٍ عَلَّمَهُنَّ إِيَّاهُ جِبْرِيلُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW tidak pernah mentafsirkan al-Quran dengan pendapatnya sendiri, melainkan ayat-ayat tertentu. Kesemuanya itu diajarkan oleh Jibril.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1117, hadis no. 5646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان لا يفسَّرُ شيئًا من القرآن برأيه إلا آيا بعددٍ علَّمهنّ إياه جبريل. [ع، البزار، الضعيفة (6569)].
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata : Rasulullah SAW tidak pernah mentafsirkan al-Quran dengan pendapatnya sendiri, melainkan ayat-ayat tertentu. Kesemuanya itu diajarkan oleh Jibril. [Riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya, riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6569]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman