Rasulullah SAW tidak pernah mengkhatamkan al-Qur'an dalam masa kurang tiga hari

TEKS BAHASA ARAB

كان لا يقرأ القرآنَ في أقل من ثلاث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun Baginda SAW tidak membaca (mengkhatamkan) al-Quran kurang daripada tempoh tiga (hari).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1592, hadis nombor 8040. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

( ضعيف جداً) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: ((كان -صلى الله عليه وسلم- لا يقرأ القرآنَ في أقل من ثلاث)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (6954)].

(Sangat Lemah)
Daripada Aisyah RA berkata: ((Adapun Baginda SAW tidak membaca (mengkhatamkan) al-Quran kurang daripada tiga (hari).))
[Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6954)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.