Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان لا يقرأُ القرآنَ في أَقَلَّ من ثلاثٍ.
Teks Bahasa Melayu
Adapun Baginda SAW tidak membaca (mengkhatamkan) al-Quran kurang daripada tempoh tiga (hari).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1592, hadis no. 8040. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
( ضعيف جداً) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: ((كان -صلى الله عليه وسلم- لا يقرأ القرآنَ في أقل من ثلاث)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (6954)].
(Sangat Lemah) Daripada Aisyah RA berkata: ((Adapun Baginda SAW tidak membaca (mengkhatamkan) al-Quran kurang daripada tiga (hari).)) [Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6954)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman