Rasulullah SAW tidak pernah bersyair walaupun sekali

TEKS BAHASA ARAB

ما قال صلى الله عليه وسلم شعرا قط وما أتم إلا بيتا واحدا: تفاءل بما تهوى يكن فلقلما … يقال لشيء كان إلا تحقق ولم يقل: تحققا لئلا يعربه فيصير شعرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW tidak pernah bersyair walaupun sekali. Baginda tidak pernah menyempurnakan syair melainkan satu bait, iaitu: Bersikap optimis dengan apa yang kamu impikan, jarang-jarang disebut pada sesuatu jadilah ia, melainkan ia benar-benar terjadi. Tetapi Baginda tidak mengakhiri dengan perkataan تَحَقَّقَا agar ia tidak kelihatan seperti syair.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1094, hadis nombor 5556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: ما قال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شِعْرًا قطُّ وما أَتَمَّ إلا بيتًا واحدًا: تفاءَلْ بما تهوى يكنْ فَلَقَلّما… يقال لِشَيءٍ كان إلا تَحَقَّقْ ولم يقلْ: تَحَقَّقا لئلا يُعْرِبَه فيصيرَ شعرًا. [خط، الضعيفة (6374)].

(Sangat munkar) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW tidak pernah bersyair walaupun sekali. Baginda tidak pernah menyempurnakan syair melainkan satu bait, iaitu: Bersikap optimis dengan apa yang kamu impikan, jarang-jarang disebut pada sesuatu jadilah ia, melainkan ia benar-benar terjadi. Tetapi Baginda tidak mengakhiri dengan perkataan تَحَقَّقَا agar ia tidak kelihatan seperti syair. [Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6374]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs