Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شِعْراً قطُّ، وَمَا أَتَمَّ إِلَّا بَيْتاً وَاحِداً: تَفَاءَلْ بِمَا تَهْوَى يَكُنْ فَلَقَلّمَا ... يُقَالُ لِشَيْءٍ كَانَ إِلَّا تَحَقَّقْ وَلَمْ يَقُلْ: تَحَقَّقا لِئَلَّا يُعْرِبَهُ فَيُصِيرَ شِعْراً.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW tidak pernah bersyair walaupun sekali. Baginda tidak pernah menyempurnakan syair melainkan satu bait, iaitu: Bersikap optimis dengan apa yang kamu impikan, jarang-jarang disebut pada sesuatu jadilah ia, melainkan ia benar-benar terjadi. Tetapi Baginda tidak mengakhiri dengan perkataan تَحَقَّقَا agar ia tidak kelihatan seperti syair.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1094, hadis no. 5556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: ما قال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شِعْرًا قطُّ وما أَتَمَّ إلا بيتًا واحدًا: تفاءَلْ بما تهوى يكنْ فَلَقَلّما... يقال لِشَيءٍ كان إلا تَحَقَّقْ ولم يقلْ: تَحَقَّقا لئلا يُعْرِبَه فيصيرَ شعرًا. [خط، الضعيفة (6374)].
(Sangat munkar) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW tidak pernah bersyair walaupun sekali. Baginda tidak pernah menyempurnakan syair melainkan satu bait, iaitu: Bersikap optimis dengan apa yang kamu impikan, jarang-jarang disebut pada sesuatu jadilah ia, melainkan ia benar-benar terjadi. Tetapi Baginda tidak mengakhiri dengan perkataan تَحَقَّقَا agar ia tidak kelihatan seperti syair. [Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6374]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman