Rasulullah SAW tidak pernah berpisah daripada lima perkara ini sepanjang hidup baginda

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لا يفارقه في الحضر ولا في السفر خمسة: المرأة، والمكحلة، والمشط، والسواك، والمدرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW tidak pernah berpisah daripada lima perkara ini pada hari biasa dan semasa bermusafir, iaitu: cermin, celak, sikat, siwak dan al-Midra (sejenis alat yang bergigi seperti sikat).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1627, hadis nombor 8221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالتْ: ((كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لا يفارقه في الحضر ولا في السفر خمسة: المرأة، والمكحلة، والمشط، والسواك، والمدرى)). [عق، عد، هب، ((الضعيفة)) (4249)].

(Lemah)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah berpisah daripada lima perkara ini pada hari biasa dan semasa bermusafir, iaitu: cermin, celak, sikat, siwak dan al-Midra (sejenis alat yang bergigi seperti sikat).
[Riwayat al-Uqaili dalamal-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā, dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4249].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs