Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم – لَا يُفَارِقُهُ في الحضرِ ولا في السَّفَرِ خمسةٌ: المَرأةُ، والمُكْحُلَةُ، والمشطُ، والسِواكُ، والمِدْرَى.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW tidak pernah berpisah daripada lima perkara ini pada hari biasa dan semasa bermusafir, iaitu: Isteri, celak, sikat, siwak dan al-Midra (sejenis alat yang bergigi seperti sikat).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1627, hadis no. 8221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالتْ: ((كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم – لا يفارقه في الحضر ولا في السفر خمسة: المرأة، والمكحلة، والمشط، والسواك، والمدرى)). [عق، عد، هب، ((الضعيفة)) (4249)].
(Lemah) Daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah berpisah daripada lima perkara ini pada hari biasa dan semasa bermusafir, iaitu: Isteri, celak, sikat, siwak dan al-Midra (sejenis alat yang bergigi seperti sikat). [Riwayat al-Uqaili dalamal-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā, dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4249].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman