Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يكره أن يرى المرأة ليس بيدها أثر الحِنَاءِ والخِضاب.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW tidak menyukai jika melihat seorang perempuan yang tidak ada kesan inai dan warna (di jarinya).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis no. 8164. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW tidak menyukai jika melihat seorang perempuan yang tidak ada kesan inai dan warna (di jarinya). [Riwayat al-Kattani dalam sebahagian daripada hadisnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2274].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman