TEKS BAHASA ARAB
كان يكره الكي والطعام الحار ويقول: عليكم بالبارد فإنه ذو بركة ألا وإن الحار لا بركة فيه وكانت له مكحلة يكتحل منها عند النوم ثلاثا ثلاثا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW tidak menyukai berubat dengan besi panas dan makanan panas. Baginda SAW bersabda: Biasakan dengan yang sejuk, kerana ia memiliki keberkatan. Ketahuilah bahawa tiada keberkatan pada yang panas. Baginda memiliki satu bekas celak yang Baginda celakkan pada mata sebelum tidur tiga kali.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1047, hadis nombor 5350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: كان يكره الكي والطعام الحار ويقول: عليكم بالبارد فإنه ذو بركة ألا وإن الحار لا بركة فيه وكانت له مكحلة يكتحل منها عند النوم ثلاثا ثلاثا. [حل، الضعيفة (1598)]
[Sangat lemah] Daripada Anas bin Malik RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW tidak menyukai berubat dengan besi panas dan makanan panas. Baginda SAW bersabda: Biasakan dengan yang sejuk, kerana ia memiliki keberkatan. Ketahuilah bahawa tiada keberkatan pada yang panas. Baginda memiliki satu bekas celak yang Baginda celakkan pada mata sebelum tidur tiga kali. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1598]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.