TEKS BAHASA ARAB
لم يكن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ينفخ في طعام، ولا شراب، ولا يتنفس في الإناء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW tidak pernah meniup pada makanan, minuman, serta tidak bernafas dalam bekas minuman.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 208, hadis nombor 1093. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((لم يكن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ينفخ في طعام، ولا شراب، ولا يتنفس في الإناء)). [هــ، ((الضعيفة)) (4254)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW tidak pernah meniup pada makanan, minuman, serta tidak bernafas dalam bekas minuman.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4254]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.