Rasulullah SAW tidak mengesahkan penyaksian hilal Ramadan tanpa penyaksian oleh dua orang lelaki

TEKS BAHASA ARAB

كان لا يجيزعلى شهادة الإفطار إلا شهادة رجلين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW tidak akan mengesahkan penyaksian hilal Ramadan melainkan dengan turut disaksikan oleh dua orang lelaki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1142, hadis nombor 5773. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن طاوس قال: شهدت المدينة وبها ابن عمر وابن عباس قال: فجاء رجل إلى واليها. فشهد عنده على رؤية الهلال هلال رمضان فسأل ابن عمر وابن عباس عن شهادته فأمراه أن يجيزه وقالا: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم أجاز شهادة رجل على رؤية هلال رمضان قالا: كان لا يجيز على شهادة الإفطار إلا شهادة رجلين. [هق، الضعيفة (4238)]

(Palsu) Daripada Tawus, telah berkata: Aku melihat Madinah, dan adanya Ibn Umar dan Ibn Abbas, Tawus telah berkata: Seorang lelaki telah datang kepada ketuanya, maka dia melihat hilal (anak bulan) Ramadan lalu dia meminta Ibn ‘Umar dan Ibn ‘Abbas tentang penyaksiannya itu dan menyuruh mereka untuk mengesahkan. Kedua-duanya berkata (Ibn ‘Umar dan Ibn ‘Abbas): Sesungguhnya Rasulullah mengesahkan penyaksian seorang lelaki berkenaan hilal Ramadan dan mereka berkata: Di zaman Rasulullah, baginda tidak akan mengesahkan penyaksian hilal Ramadan melainkan dengan turut disaksikan oleh dua orang lelaki. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4238].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs