TEKS BAHASA ARAB
ما رفع رسول الله رأسه إلى السماء إلا، قال: يا مصرف القلوب! ثبت قلبي على طاعتك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW tidak mengangkat kepala Baginda ke langit melainkan Baginda berdoa: Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hatiku atas ketaatan kepadaMu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1484, hadis nombor 7580. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: ((ما رفع رسول الله رأسه إلى السماء إلا، قال: ((يا مصرف القلوب! ثبت قلبي على طاعتك)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4195)]
(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA, katanya: Rasulullah SAW tidak mengangkat kepala Baginda ke langit melainkan Baginda berdoa: Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hatiku atas ketaatan kepadaMu.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4195]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.