Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW tidak mendatangi para isterinya kecuali dalam bersederhana sahaja

Teks Bahasa Arab

ما أَتَى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم أَحَدًا مِن نِسائِه إلا مُتَقَنِّعًا، يُرخِي الثوبَ على رأسِه، وما رأيتُه مِن رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم وَ لا رآه مِنِّي.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW tidak mendatangi para isterinya kecuali dalam bersederhana sahaja. Baginda melabuhkan pakaian di kepalanya, sehinggakan aku tidak nampak apa-apa pun dari Rasulullah SAW dan baginda SAW tidak nampak apa-apa pun dariku.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 921, hadis no. 4722. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها-: ما أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم أحدا من نسائه إلا متقنعا، يرخي الثوب على رأسه، وما رأيته من رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا رآه مني. [أبو الشيخ في أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم، الضعيفة (1135)].

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA: Rasulullah SAW tidak mendatangi para isterinya kecuali dalam bersederhana sahaja. Baginda melabuhkan pakaian di kepalanya, sehinggakan aku tidak nampak apa-apa pun dari Rasulullah SAW dan baginda SAW tidak nampak apa-apa pun dariku. [Riwayat Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1135].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.