Rasulullah SAW tidak menafsirkan al-Qur'an dengan akal

TEKS BAHASA ARAB

كان لا يفسر شيئا من القرآن برأيه إلا آيا بعدد، علمهن إياه جبريل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun Baginda SAW tidak menafsirkan sesuatu daripada al-Quran dengan akalnya melainkan beberapa ayat sahaja, yang diajarkan oleh Jibril kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1592, hadis nombor 8039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: ((كان لا يفسَّرُ شيئاً من القرآن برأيه إلا آيا بعددٍ، علَّمهنّ إياه جبريل)). [ع، ((الضعيفة)) (6569)].

(Lemah)
Daripada Aisyah RA berkata: Adapun Baginda SAW tidak menafsirkan sesuatu daripada al-Quran dengan akalnya melainkan beberapa ayat sahaja yang diajarkan oleh Jibril kepadanya.
[Riwayat Abi Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6569)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs