Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان لا يفسَّرُ شيئاً من القرآن برأيه إلا آيا بعددٍ، علَّمهنّ إياه جبريل.
Teks Bahasa Melayu
Adapun Baginda SAW tidak menafsirkan sesuatu daripada al-Quran dengan akalnya melainkan beberapa ayat sahaja, yang diajarkan oleh Jibril kepadanya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1592, hadis no. 8039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: ((كان لا يفسَّرُ شيئاً من القرآن برأيه إلا آيا بعددٍ، علَّمهنّ إياه جبريل)). [ع، ((الضعيفة)) (6569)].
(Lemah) Daripada Aisyah RA berkata: Adapun Baginda SAW tidak menafsirkan sesuatu daripada al-Quran dengan akalnya melainkan beberapa ayat sahaja yang diajarkan oleh Jibril kepadanya. [Riwayat Abi Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6569)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman