Rasulullah SAW tidak melakukan thiyarah (percaya kepada sial)

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لا يتطير، ولكن يتفاءل، فركب بريدة في سبعين راكبا من أهل بيته من بني سهم يتلقى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ليلا، فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من أنت))؟ قال: بريدة، فالتفت إلى أبي بكر، فقال: ((برد أمرنا وصلح))، ثم قال: ((ممن))؟ قال: من أسلم، قال لأبي بكر: ((سلمنا))، ثم قال: ((ممن))؟ قال. من بني سهم، قال: ((خرج سهمك)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW tidak melakukan thiyarah (percaya kepada sial), akan tetapi baginda sentiasa berfikiran positif. Kemudian Buraidah bersama 70 orang penunggang daripada kalangan ahli keluarganya iaitu keturunan Bani Sahm, pergi bertemu dengan Rasulullah SAW pada suatu malam. Kemudian Rasulullah SAW bertanya kepadanya: Siapakah kamu? Beliau berkata: Aku adalah Buraidah. Kemudian baginda berpaling ke arah Abu Bakr, lalu bersabda: Telah sejuk urusan kita dan (berada dalam keadaan) baik. Kemudian baginda bertanya: Daripada siapa? Beliau menjawab: Daripada Aslam. Lalu baginda bersabda kepada Abu Bakr: Kita telah selamat. Kemudian baginda bertanya: Daripada siapa (kaum)? Buraidah menjawab: Daripada Bani Sahm. Kemudian baginda bersabda: Telah keluar anak panah kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 206, hadis nombor 1083. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بريدة – رضي الله عنه -، قال: كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لا يتطير، ولكن يتفاءل، فركب بريدة في سبعين راكبا من أهل بيته من بني سهم يتلقى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ليلا، فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من أنت))؟ قال: بريدة، فالتفت إلى أبي بكر، فقال: ((برد أمرنا وصلح))، ثم قال: ((ممن))؟ قال: من أسلم، قال لأبي بكر: ((سلمنا))، ثم قال: ((ممن))؟ قال. من بني سهم، قال: ((خرج سهمك)). [عد، ابن عبدالبر في ((الاستيعاب))، ((الضعيفة)) (4112، 5450)]

(Sangat Lemah)
Daripada Buraidah RA beliau berkata: Rasulullah SAW tidak melakukan thiyarah (percaya kepada sial), akan tetapi baginda sentiasa berfikiran positif. Kemudian Buraidah bersama 70 orang penunggang daripada kalangan ahli keluarganya iaitu keturunan Bani Sahm, pergi bertemu dengan Rasulullah SAW pada suatu malam. Kemudian Rasulullah SAW bertanya kepadanya: Siapakah kamu? Beliau berkata: Aku adalah Buraidah. Kemudian baginda berpaling ke arah Abu Bakr, lalu bersabda: Telah sejuk urusan kita dan (berada dalam keadaan) baik. Kemudian baginda bertanya: Daripada siapa? Beliau menjawab: Daripada Aslam. Lalu baginda bersabda kepada Abu Bakr: Kita telah selamat. Kemudian baginda bertanya: Daripada siapa (kaum)? Buraidah menjawab: Daripada Bani Sahm. Kemudian baginda bersabda: Telah keluar anak panah kamu.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn ‘Abd al-Barr dalam al-Isti‘Ab. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5450, 4112]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs