Rasulullah SAW tidak berjumpa dengan sesiapa pun dalam keadaan di wajah baginda ada sesuatu yang dia tidak suka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – لا يواجه أحدا في وجهه بشيء يكرهه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW tidak berjumpa dengan sesiapa pun dalam keadaan di wajah baginda ada sesuatu yang dia tidak suka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 208, hadis nombor 1094. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – لا يواجه أحدا في وجهه بشيء يكرهه)). [خد، د، أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، حم، السلمي في ((آداب الصحبة))، هق، هب، الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، ((الضعيفة)) (4255)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA: Rasulullah SAW tidak berjumpa dengan sesiapa pun dalam keadaan di wajah baginda ada sesuatu yang dia tidak suka.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abu Dāwud dalam Sunan beliau, Abu al-Syaikh dalam Akhlak al-Nabi, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau, al-Sulami dalam Adab al-Sahabah, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān dan al-Khatib dalam al-Faqih Wal al-Mutafaqqih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4255]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.