Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - لَا يُواجِهُ أحداً في وَجْهِهِ بِشَيْءٍ يَكْرَهُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW tidak berjumpa dengan sesiapa pun dalam keadaan di wajah baginda ada sesuatu yang dia tidak suka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 208, hadis no. 1094. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - لا يواجه أحدا في وجهه بشيء يكرهه)). [خد، د، أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، حم، السلمي في ((آداب الصحبة))، هق، هب، الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، ((الضعيفة)) (4255)]
(Daif) Daripada Anas bin Malik RA: Rasulullah SAW tidak berjumpa dengan sesiapa pun dalam keadaan di wajah baginda ada sesuatu yang dia tidak suka. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abu Dāwud dalam Sunan beliau, Abu al-Syaikh dalam Akhlak al-Nabi, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau, al-Sulami dalam Adab al-Sahabah, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān dan al-Khatib dalam al-Faqih Wal al-Mutafaqqih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4255]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman