Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان النبيُّ - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم - لا يَنْزِلُ مَنْزِلًا إلا وَدَّعَه بركعتينِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW tidak akan singgah di satu tempat kecuali Baginda akan meninggalkannya selepas solat dua rakaat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 981, hadis no. 5057. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – قال: كان - صلى الله عليه وسلم - لا ينزل منزلا إلا ودّعه بركعتين. [ابن خزيمة، الحاكم، الشحامي في ((السباعيات))، ((الضعيفة)) (1047)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: “Rasulullah SAW tidak akan singgah di satu tempat kecuali Baginda akan meninggalkannya selepas solat dua rakaat.” [Riwayat Ibnu Khuzaimah, al-Hakim, dan al-Shahamy dalam al-Subaeiyat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1047]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman