Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW terdengar satu bunyi yang memeranjatkan Baginda

Teks Bahasa Arab

سَمِعَ رَسُولُ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَوْتًا هَالَهُ فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ :مَا هَذَا الصَّوْتُ يَا جِبْرِيلُ ؟ فقال : "هذهِ صخرةٌ هَوَتْ من شفيرِ جهنمَ من سبعينَ عامًا ، فهذا حينَ بلغتْ قَعْرَهَا ، فأحبَّ اللهُ أن يُسمِعَكَ صوتَها ، فما رُؤِيَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ بعدَ ذلكَ اليومِ ضاحكًا مِلَء فيهِ حتى قبضهُ اللهُ.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW terdengar satu bunyi yang memeranjatkan Baginda. Kemudian Jibril AS datang bertemu, maka Rasulullah SAW bertanya: Bunyi apakah itu, wahai Jibril? Jibril menjawab: Ia adalah bunyi sebuah batu besar yang jatuh dari tebing neraka, bunyi ini berlaku semasa ia mencecah lantai Neraka setelah jatuh ke dalamnya tujuh puluh tahun yang lalu. Allah mahu memperdengarkan bunyinya kepada kamu. Semenjak hari itu, tidak terlihat lagi Baginda ketawa kuat sehingga Baginda wafat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1114, hadis no. 5634. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي سعيد رضي الله عنه، قال: سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم صوتًا هاله فأتاه جبريل عليه السلام فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما هذا الصوت يا جبريل؟ فقال: هذه صخرة هوت من شفيرجهنم من سبعين عامًا فهذا حين بلغت قعرها. فأحبَّ الله أن يسمعك صوتها. فما رؤي رسول الله صلى الله عليه وسلم بعد ذلك اليوم ضاحكًا ملء فيه حتى قبضه الله. [طب، الضعيفة (6705)].

(Munkar dengan teks selengkap ini) Daripada Abu Sa‘id RA, beliau menceritakan bahawa Rasulullah SAW terdengar satu bunyi yang memeranjatkan Baginda. Kemudian Jibril AS datang bertemu, maka Rasulullah SAW bertanya: Bunyi apakah itu, wahai Jibril? Jibril menjawab: Ia adalah bunyi sebuah batu besar yang jatuh dari tebing neraka, bunyi ini berlaku semasa ia mencecah lantai Neraka setelah jatuh ke dalamnya tujuh puluh tahun yang lalu. Allah mahu memperdengarkan bunyinya kepada kamu. Semenjak hari itu, tidak terlihat lagi Baginda ketawa kuat sehingga Baginda wafat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6705]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.