Rasulullah SAW telah mengutuskan Ali sebagai ketua kepada orang Yaman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بعث رسول الله ﷺ عليا أميرا على اليمن، وبعث خالد بن الوليد على الجبل، فقال: ((إن اجتمعتما فعلي على الناس)) فالتقوا وأصابوا من الغنائم ما لم يصيبوا مثله، وأخذ علي جارية من الخمس، فدعا خالد بن الوليد بريدة فقال: اغتنمها، فأخبر النبي ما صنع. فقدمت المدينة ودخلت المسجد؛ ورسول الله ﷺ في منزله، وناس من أصحابه على بابه، فقالوا: ما الخبر يا بريدة؟ فقلت: خيرا! فتح الله على المسلمين. فقالوا: ما أقدمك؟ قلت: جارية أخذها علي من الخمس، فجئت لأخبر النبي. فقالوا: فاخبر النبي ;فانه يسقط من عين النبي ورسول الله ﷺ يسمع الكلام فخرج مغضبا فقال: ((ما بال أقوام يتنقصون عليا؟! من تنقص عليا فقد تنقصني، ومن فارق عليا فقد فارقني،ان عليا مني وانا منه، خلق من طينتي، وخلقت من طينة ابراهيم، وانا افضل من ابراهيم (ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ). يا بريدة! أما علمت ان لعلي اكثر من الجارية التي اخذ، وانه وليكم بعدي؟)). فقلت: يا رسول الله! بالصحبة، إلا بسطت يدك فبايعتني على الاسلام جديدا. قال: فما فارقته حتى بايعته على الاسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW telah mengutuskan Ali sebagai ketua kepada orang Yaman dan Khalid bin al-Walid ke bukit. Maka Nabi berkata: “Kalaulah kamu berdua ini bekerjasama, maka ‘Ali akan jadi khalifah orang Islam.” Maka mereka berperang bersama-sama dan mereka mendapat banyak harta rampasan perang di mana mereka tidak pernah dapat sebanyak itu sebelum ini. Lalu, ‘Ali mengambil seorang hamba perempuan dari seperlima (ghanimah). Kemudian, Khalid al-Walid memanggil Buraidah dan berkata: “Tangkap hamba perempuan ‘Ali itu dan khabarkan segera kepada Nabi apa yang berlaku.” Aku pun pulang ke Madinah dan masuk ke dalam masjid Nabi. Ketika itu Rasulullah SAW berada di rumah baginda dan sebahagian sahabat berada di depan pintu rumah baginda. Para sahabat bertanya: “Apa khabar Buraidah?” Aku menjawab: “Baik! Allah memenangkan orang-orang Islam.” Kemudian para sahabat bertanya lagi: “Kenapa kau pulang?” Aku menjawab: "‘Ali telah mengambil seorang hamba perempuan, maka aku datang untuk memberitahu Nabi." Para sahabat pun berkata: “Beritahulah Nabi kerana Nabi pandang hina apa yang ‘Ali buat ni.” Ketikamana Rasulullah mendengar kata-kata itu baginda terus keluar dengan perasaan marah dan berkata: “Apakah masalah golongan yang hendak merendah-rendahkan ‘Ali ni? Sesiapa yang merendah-rendahkan ‘Ali maka seolah dia telah merendah-rendahkan aku juga. Sesiapa yang meninggalkan ‘Ali maka dia telah meninggalkan aku. Sesungguhnya ‘Ali adalah daripada aku dan aku daripadanya. Dia telah diciptakan daripada tanahku dan aku diciptakan dari tanah Nabi Ibrahim. Aku lebih baik daripada Nabi Ibrahim. Seperti mana firman Allah : {Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain}. Wahai Buraidah, tidakkah engkau tahu bahawa ‘Ali lebih layak untuk ambil lebih banyak hamba daripada apa yang dia ambil? Tidakkah engkau tahu sesungguhnya dia adalah pemimpin kamu selepasku?” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, atas nama persahabatan ini, kalau engkau mahu hulurkan tangan engkau untuk aku membaiahnya semula untuk aku masuk Islam, aku akan buat. Aku tidak meninggalkan Nabi sehingga aku berbaiah semula kepada baginda.”

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1873-1874, hadis nombor 9441. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بريدة، قال: بعث رسول الله ﷺ عليا أميرا على اليمن، وبعث خالد بن الوليد على الجبل، فقال: ((إن اجتمعتما فعلي على الناس)) فالتقوا وأصابوا من الغنائم ما لم يصيبوا مثله، وأخذ علي جارية من الخمس، فدعا خالد بن الوليد بريدة فقال: اغتنمها، فأخبر النبي ما صنع. فقدمت المدينة ودخلت المسجد؛ ورسول الله ﷺ في منزله، وناس من أصحابه على بابه، فقالوا: ما الخبر يا بريدة؟ فقلت: خيرا! فتح الله على المسلمين. فقالوا: ما أقدمك؟ قلت: جارية أخذها علي من الخمس، فجئت لأخبر النبي. فقالوا: فاخبر النبي ;فانه يسقط من عين النبي ورسول الله ﷺ يسمع الكلام فخرج مغضبا فقال: ((ما بال أقوام يتنقصون عليا؟! من تنقص عليا فقد تنقصني، ومن فارق عليا فقد فارقني،ان عليا مني وانا منه، خلق من طينتي، وخلقت من طينة ابراهيم، وانا افضل من ابراهيم (ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ). يا بريدة! أما علمت ان لعلي اكثر من الجارية التي اخذ، وانه وليكم بعدي؟)). فقلت: يا رسول الله! بالصحبة، إلا بسطت يدك فبايعتني على الاسلام جديدا. قال: فما فارقته حتى بايعته على الاسلام. [طس،((الضعيفة)) (4956)].

(Sangat lemah) Daripada Buraidah RA dia berkata: Rasulullah SAW telah mengutuskan Ali sebagai ketua kepada orang Yaman dan Khalid bin al-Walid ke bukit. Maka Nabi berkata: “Kalaulah kamu berdua ini bekerjasama, maka ‘Ali akan jadi khalifah orang Islam.” Maka mereka berperang bersama-sama dan mereka mendapat banyak harta rampasan perang di mana mereka tidak pernah dapat sebanyak itu sebelum ini. Lalu, ‘Ali mengambil seorang hamba perempuan dari seperlima (ghanimah). Kemudian, Khalid al-Walid memanggil Buraidah dan berkata: “Tangkap hamba perempuan ‘Ali itu dan khabarkan segera kepada Nabi apa yang berlaku.” Aku pun pulang ke Madinah dan masuk ke dalam masjid Nabi. Ketika itu Rasulullah SAW berada di rumah baginda dan sebahagian sahabat berada di depan pintu rumah baginda. Para sahabat bertanya: “Apa khabar Buraidah?” Aku menjawab: “Baik! Allah memenangkan orang-orang Islam.” Kemudian para sahabat bertanya lagi: “Kenapa kau pulang?” Aku menjawab: "‘Ali telah mengambil seorang hamba perempuan, maka aku datang untuk memberitahu Nabi." Para sahabat pun berkata: “Beritahulah Nabi kerana Nabi pandang hina apa yang ‘Ali buat ni.” Ketikamana Rasulullah mendengar kata-kata itu baginda terus keluar dengan perasaan marah dan berkata: “Apakah masalah golongan yang hendak merendah-rendahkan ‘Ali ni? Sesiapa yang merendah-rendahkan ‘Ali maka seolah dia telah merendah-rendahkan aku juga. Sesiapa yang meninggalkan ‘Ali maka dia telah meninggalkan aku. Sesungguhnya ‘Ali adalah daripada aku dan aku daripadanya. Dia telah diciptakan daripada tanahku dan aku diciptakan dari tanah Nabi Ibrahim. Aku lebih baik daripada Nabi Ibrahim. Seperti mana firman Allah : {Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain}. Wahai Buraidah, tidakkah engkau tahu bahawa ‘Ali lebih layak untuk ambil lebih banyak hamba daripada apa yang dia ambil? Tidakkah engkau tahu sesungguhnya dia adalah pemimpin kamu selepasku?” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, atas nama persahabatan ini, kalau engkau mahu hulurkan tangan engkau untuk aku membaiahnya semula untuk aku masuk Islam, aku akan buat. Aku tidak meninggalkan Nabi sehingga aku berbaiah semula kepada baginda.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4956]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.