TEKS BAHASA ARAB
بعثني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في ليلة باردة، أو في غداة باردة فذهبت ثم جئت ورسول الله – صلى الله عليه وسلم – معه بعض نسائه في لحاف، فطرح علي طرف ثوبه (فصرنا ثلاثة).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW telah mengutuskan aku (ke suatu tempat) pada suatu malam yang sejuk, atau pada suatu pagi yang sejuk, lalu aku pun bergerak ke sana. Kemudian aku datang kembali, dan pada ketika itu Rasulullah SAW bersama dengan sebahagian isteri Baginda di dalam pakaian sejuk mereka. Kemudian Baginda melontarkan ke arahku satu bahagian daripada pakaian Baginda, lalu kami menjadi tiga orang (berada dalam pakaian tersebut).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 202, hadis nombor 1052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الزبير – رضي الله عنه -، قال: ((بعثني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في ليلة باردة، أو في غداة باردة فذهبت ثم جئت ورسول الله – صلى الله عليه وسلم – معه بعض نسائه في لحاف، فطرح علي طرف ثوبه (فصرنا ثلاثة))). [ك، البزار، ابن أبي عاصم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2662)]
(Palsu)
Daripada al-Zubair RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah mengutuskan aku (ke suatu tempat) pada suatu malam yang sejuk, atau pada suatu pagi yang sejuk, lalu aku pun bergerak ke sana. Kemudian aku datang kembali, dan pada ketika itu Rasulullah SAW bersama dengan sebahagian isteri Baginda di dalam pakaian sejuk mereka. Kemudian Baginda melontarkan ke arahku satu bahagian daripada pakaian Baginda, lalu kami menjadi tiga orang (berada dalam pakaian tersebut).
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak beliau, al-Bazzar, Ibn Abi ‘Asim dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2662]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.