Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW telah mengutuskan aku (ke suatu tempat) pada suatu malam yang sejuk

Teks Bahasa Arab

بعثني رسولُ اللهِ - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم - في ليلةٍ باردةٍ، أو في غَداةٍ باردةٍ، فذهبتُ ثم جِئْتُ ورسول الله - صلى الله عليه وسلم - معه بعضُ نسائِهِ في لِحَافٍ، فطرح عليَّ طَرْفَ ثوبِه (فصِرْنا ثلاثةً).

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW telah mengutuskan aku (ke suatu tempat) pada suatu malam yang sejuk, atau pada suatu pagi yang sejuk, lalu aku pun bergerak ke sana. Kemudian aku datang kembali, dan pada ketika itu Rasulullah SAW bersama dengan sebahagian isteri Baginda di dalam pakaian sejuk mereka. Kemudian Baginda melontarkan ke arahku satu bahagian daripada pakaian Baginda, lalu kami menjadi tiga orang (berada dalam pakaian tersebut).

Sahabat Perawi

  1. al-Zubair RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 202, hadis no. 1052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الزبير - رضي الله عنه -، قال: ((بعثني رسول الله - صلى الله عليه وسلم - في ليلة باردة، أو في غداة باردة فذهبت ثم جئت ورسول الله - صلى الله عليه وسلم - معه بعض نسائه في لحاف، فطرح علي طرف ثوبه (فصرنا ثلاثة))). [ك، البزار، ابن أبي عاصم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2662)]

(Palsu) Daripada al-Zubair RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah mengutuskan aku (ke suatu tempat) pada suatu malam yang sejuk, atau pada suatu pagi yang sejuk, lalu aku pun bergerak ke sana. Kemudian aku datang kembali, dan pada ketika itu Rasulullah SAW bersama dengan sebahagian isteri Baginda di dalam pakaian sejuk mereka. Kemudian Baginda melontarkan ke arahku satu bahagian daripada pakaian Baginda, lalu kami menjadi tiga orang (berada dalam pakaian tersebut). [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak beliau, al-Bazzar, Ibn Abi ‘Asim dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2662]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.