Rasulullah SAW telah mengharamkan tujuh perkara

TEKS BAHASA ARAB

حرم سبعة أشياء: النوح، والشعر، والتصاوير، والتبرج، وجلود السباع، والذهب، والحرير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW telah mengharamkan tujuh perkara: Ratapan, syair, mengukir gambar, tabarruj, kulit haiwan yang ganas, emas, dan juga sutera (untuk orang lelaki).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 211, hadis nombor 1111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي حريز مولى معاوية، قال: خطب الناس معاوية بحمص، فذكر في خطبته أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((حرم سبعة أشياء: النوح، والشعر، والتصاوير، والتبرج، وجلود السباع، والذهب، والحرير)). [حم، تخ، ع، الدولابي، طب، المزي، الطبراني في ((مسند الشاميين))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4725)]

(Lemah)
Daripada Abu Hariz maula kepada Mu’awiyah beliau berkata: Mu’awiyah menyampaikan khutbah kepada orang ramai di Homs. Beliau menyebutkan di dalam khutbahnya bahawa Rasulullah SAW telah mengharamkan tujuh perkara: Ratapan, syair, mengukir gambar, tabarruj, kulit haiwan yang ganas, emas, dan juga sutera (untuk orang lelaki).
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Bukhari dalam al-Tarikh Al-Kabir, Abu Ya'la dalam Musnad beliau, al-Dulabi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Mizzi, al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4725]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs