Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حرَّم سبعةَ أشياءَ النوحَ، والشعرَ، والتصاويرَ، والتبرُّجَ، وجلودَ السباعِ، والذهبَ، والحريرَ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW telah mengharamkan tujuh perkara: Ratapan, syair, mengukir gambar, tabarruj, kulit haiwan yang ganas, emas, dan juga sutera (untuk orang lelaki).
Sahabat Perawi
- Mu’awiyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 211, hadis no. 1111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي حريز مولى معاوية، قال: خطب الناس معاوية بحمص، فذكر في خطبته أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((حرم سبعة أشياء: النوح، والشعر، والتصاوير، والتبرج، وجلود السباع، والذهب، والحرير)). [حم، تخ، ع، الدولابي، طب، المزي، الطبراني في ((مسند الشاميين))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4725)]
(Daif) Daripada Abu Hariz maula kepada Mu’awiyah beliau berkata: Mu’awiyah menyampaikan khutbah kepada orang ramai di Homs. Beliau menyebutkan di dalam khutbahnya bahawa Rasulullah SAW telah mengharamkan tujuh perkara: Ratapan, syair, mengukir gambar, tabarruj, kulit haiwan yang ganas, emas, dan juga sutera (untuk orang lelaki). [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Bukhari dalam al-Tarikh Al-Kabir, Abu Ya'la dalam Musnad beliau, al-Dulabi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Mizzi, al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4725]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman