Rasulullah SAW telah mengahwinkan seorang wanita dengan bermaharkan sebuah surah dari al-Qur'an

TEKS BAHASA ARAB

زوج رسول الله -صلى الله عليه وسلم- امرأة على سورة من القرآن، وقال: لا تكون لأحد بعدك مهرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW telah mengahwinkan seorang wanita dengan bermaharkan sebuah surah dari al-Qur’an. Lantas baginda SAW bersabda: Tidak ada orang selepas daripadamu yang boleh memberikan mahar (seperti ini dengan hafalan al-Qur’an).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 917, hadis nombor 4699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي النعمان الأزدي، قال: زوج رسول الله -صلى الله عليه وسلم- امرأة على سورة من القرآن، وقال: ((لا تكون لأحد بعدك مهرا)).
[سعيد بن منصور، ((الضعيفة)) (982)].

(Munkar)
Daripada Abu an-Nu’man al-‘Azdiyy, dia berkata: Rasulullah SAW telah mengahwinkan seorang wanita dengan bermaharkan sebuah surah dari al-Qur’an. Lantas baginda SAW bersabda: "Tidak ada orang selepas daripadamu yang boleh memberikan mahar (seperti ini dengan hafalan al-Qur’an).”.
[Riwayat Sa’id bin Mansur dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 982].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs