Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان الذي تَزَوَّجَ عليه رسولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمَّ سَلَمَةَ شيئاً قِيمَتُهُ عَشَرَةُ دَرَاهِمَ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW telah mengahwini Ummu Salamah RA dengan bermaharkan sesuatu yang berharga 10 dirham.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 962, hadis no. 4966. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس – رضي الله عنه – قال: كان الذي تزوّج عليه رسول الله ﷺ أم سلمة شيئا قيمته عشرة دراهم. [الطيالسي، البزار، عد، ع، طب، الضعيفة (6469)].
(Munkar) Daripada Anas RA dia berkata: Rasulullah SAW telah mengahwini Ummu Salamah RA dengan bermaharkan sesuatu yang berharga 10 dirham. [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnad beliau, al-Bazzar dalam Musnad beliau, Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afaa, Abu Ya’la dalam Musnad beliau dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6469].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman