TEKS BAHASA ARAB
إن الولد لفتنة؛ لقد قمت إليه وما أعقل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya anak-pinak ini ialah ujian. Aku telah bangun untuk mendapatkan mereka sedangkan aku tidak menyedari perbuatanku ini.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 961, hadis nombor 4958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن يحيى بن أبي كثير أن النبي ﷺ سمع بكاء الحسن والحسين، فقام فزعا فقال: إن الولد لفنتة، لقد قمت إليه وما أعقل.
[ش، ((الضعيفة)) (6265)].
(Munkar)
Daripada Yahya bin Abi Kathir bahawa Rasulullah SAW telah mendengar suara tangisan al-Hasan dan al-Husain. Lalu baginda bangun secara tergesa-gesa dan bersabda: Sesungguhnya anak-pinak ini ialah ujian. Aku telah bangun untuk mendapatkan mereka sedangkan aku tidak menyedari perbuatanku ini.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6265].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.