Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW telah mendengar suara tangisan al-Hasan dan al-Husain

Teks Bahasa Arab

إنَّ الولدَ لَفِتنةٌ، لقد قمتُ إليهِ وما أعقِلُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya anak-pinak ini ialah ujian. Aku telah bangun untuk mendapatkan mereka sedangkan aku tidak menyedari perbuatanku ini.

Sahabat Perawi

  1. Yahya bin Abi Kathir

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 961, hadis no. 4958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن يحيى بن أبي كثير أن النبي ﷺ سمع بكاء الحسن والحسين، فقام فزعا فقال: إن الولد لفنتة، لقد قمت إليه وما أعقل. [ش، الضعيفة (6265)].

(Munkar) Daripada Yahya bin Abi Kathir bahawa Rasulullah SAW telah mendengar suara tangisan al-Hasan dan al-Husain. Lalu baginda bangun secara tergesa-gesa dan bersabda: Sesungguhnya anak-pinak ini ialah ujian. Aku telah bangun untuk mendapatkan mereka sedangkan aku tidak menyedari perbuatanku ini. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6265].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.