Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW telah mendengar seorang lelaki bernama Shihab

Teks Bahasa Arab

سَمِعَ النبِي - صَلَى الله عَلَيهِ وَسلم - رجلًا يُقَال لَهُ: شهاب، قَالَ: بَل أَنْتَ هِشَام [إِنَّ شهَابَ اسمُ شيطانٍ].

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW telah mendengar seorang lelaki bernama Shihab. Baginda SAW bersabda: “Bahkan kamu ialah Hisham, kerana Shihab ialah nama syaitan”.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 970, hadis no. 5003. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: سمع النبي - صلى الله عليه وسلم - رجلا يقال له: شهاب، قال: ((بل أنت هشام [إن شهاب اسم شيطان])). [هب، ((الضعيفة)) (7112)].

(Munkar) Daripada ‘Aishah RA berkata: Rasulullah SAW telah mendengar seorang lelaki bernama Shihab. Baginda SAW bersabda: “Bahkan kamu ialah Hisham, kerana Shihab ialah nama syaitan”. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7112].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.