Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami sebuah hadis yang mana kami tidak pernah gembira semenjak kami mengenali Islam sebagaimana kami bergembira dengannya

TEKS BAHASA ARAB

إن المؤمن يؤجر في هدايته السبيل، وإماطته الأذى عن الطريق، وفي تعبيره بلسانه عن الأعجمي، وإنه ليؤجر في إتيانه أهله، حتى إنه ليؤجر في السلعة، فتكون في طرف الثوب، فيلتمسها، فيخطئها كفه، فيخفق لها فؤاده، فترد عليه، فيكتب له أجرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang mukmin itu diberi ganjaran pada perbuatannya menunjukkan jalan, dan dia mengalihkan sesuatu yang mengganggu di jalanan, dan dia menjelaskan dengan ucapannya kepada orang Ajam. Dan sesungguhnya dia diberi pahala ketika dia mendatangi isterinya. Hinggakan dia diberikan ganjaran atas satu barangan; barangan itu ada di hujung bajunya. Dia meraba-raba mencari namun telapak tangannya tidak mengenai barangan tersebut. Hatinya mula cemas. Di saat itu barangan tersebut dikembalikan kepadanya dan dicatat untuknya ganjaran pahalanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 34, hadis nombor 124. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – قال: ثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بحديث ما فرحنا بشيء منذ عرفنا الإسلام فرحنا به. قال: ((إن المؤمن يؤجر في هدايته السبيل، وإماطته الأذى عن الطريق، وفي تعبيره بلسانه عن الأعجمي، وإنه ليؤجر في إتيانه أهله، حتى إنه ليؤجر في السلعة، فتكون في طرف الثوب، فيلتمسها، فيخطئها كفه، فيخفق لها فؤاده، فترد عليه، فيكتب له أجرها)).
[ابن النصر في ((الصلاة))، البزار، ع، طس، ((الضعيفة)) (2277)]

(Lemah Dengan Lafaz Ini) Daripada Anas ibn Malik RA katanya: Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami sebuah hadis yang mana kami tidak pernah gembira semenjak kami mengenali Islam sebagaimana kami bergembira dengannya. Baginda SAW telah bersabda: Sesungguhnya seorang mukmin itu diberi ganjaran pada perbuatannya menunjukkan jalan, dan dia mengalihkan sesuatu yang mengganggu di jalanan, dan dia menjelaskan dengan ucapannya kepada orang Ajam. Dan sesungguhnya dia diberi pahala ketika dia mendatangi isterinya. Hinggakan dia diberikan ganjaran atas satu barangan; barangan itu ada di hujung bajunya. Dia meraba-raba mencari namun telapak tangannya tidak mengenai barangan tersebut. Hatinya mula cemas. Di saat itu barangan tersebut dikembalikan kepadanya dan dicatat untuknya ganjaran pahalanya.
[Riwayat Ibn Naṣr dalam al-Ṣalat atau al-Īmān, al-Bazzār dalam Musnadnya, Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2277]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs